KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoal kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran bersama-sama aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi ini.
Zainul Rijal yang juga Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata, Kulasegaran tidak sepatutnya hadir bersama-sama Arun yang merupakan orang kena tuduh (OKT) kerana boleh menggambarkan campur tangan kepada kehakiman.
Malah, dakwanya, ia juga seolah-olah memberi gambaran kepada majistret bahawa OKT tidak bersalah sedangkan belum dibicarakan, selain mungkin memberi rasa kegusaran kepada majistret.
“YBTM (Kulasegaran) buatlah kerja YB. Biar undang undang menjalankan prosesnya.
“Sudah nampak perbezaan pun seorang dituduh tidak bergari seorang lagi di Kuala Lumpur bergari pula. Ini mungkin implikasi kehadiran YB,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Awal pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp.
Arun didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya. – MalaysiaGazette

















Timbalan Menteri mewakili kerajaan mengiringi penjenayah…kerajaan arahkan ker?? Timbalan Menteri Undang2 plak tu yg bertanggungjawab dengan Pejabat Peguam Negara.. so rakyat nilaikan sendiri… AGC dakwa.. Timbalan Menteri AGC pergi support suspek yg didakwa??
Dia buat sesuka hati..sebab dia timbalan menteri kononnya above the law..IKUT SUKA AKU ,Aku kan Timbalan Menteri undang²….itulah Malaysia..ha ha ha ha…