Seorang pemuda yang hilang selepas terjun dalam sungai di jambatan Jalan Bypass Parit Jalil, Batu Pahat, semalam ditemui mayatnya hari ini.

BATU PAHAT – Seorang pemuda yang hilang selepas terjun dalam sungai di jambatan Jalan Bypass Parit Jalil di sini semalam, ditemui mayatnya hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggeram, Pegawai Bomba Kanan II Ikhsaan Husaini Mahat berkata, mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemui pada pukul 10.54 pagi tadi.

“Mayat ditemui pada jarak kira-kira 10 kilometer dari tempat dia dikatakan terjun. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan anggota disambung semula awal pagi tadi selepas ditangguh pukul 7.10 petang semalam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, operasi yang tamat pada pukul 11.28 pagi itu turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah pecuan empat roda dan dua bot aluminum.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast