Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPURM- Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi laman sosial Facebook, Perdana Menteri turut menitipkan doa agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

“Allah Peliharakan Sultan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast