Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – Bagaimana Rafizi Ramli boleh mengetahui secara spesifik sumber dana RM9.5 juta?

Persoalan itu dibangkitkan Timbalan Bendahari AMK Pusat merangkap Timbalan Setiausaha Pengelola MPN Selangor, KS Tan susulan kenyataan dibuat tanpa pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan.

Beliau berkata, dakwaan Rafizi yang dikatakan mengetahui secara terperinci sumber dana yang dikaitkan dengan individu dikenali sebagai Ah Long adalah meragukan, lebih-lebih lagi apabila tiada pengesahan rasmi daripada Victor Chin berhubung perkara tersebut.

“Persoalan besar yang tidak boleh dielakkan adalah bagaimana maklumat yang begitu spesifik boleh diperoleh tanpa sebarang pendedahan rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KS Tan, kenyataan seumpama itu bukan sahaja mencetuskan keraguan malah boleh menimbulkan persepsi bahawa terdapat motif tertentu di sebalik pendedahan tersebut.

“Sekiranya benar terdapat maklumat atau bukti kukuh, perkara tersebut sepatutnya disalurkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara telus, bukannya dilemparkan kepada umum tanpa asas yang jelas,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, satu penjelasan terbuka daripada Rafizi diperlukan khususnya berkaitan sumber maklumat yang didakwa dimilikinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast