Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin (kanan) bersama Mejar Dr Awangku Zulhilmi Awangku Ibrahim (kiri) memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.
“Bidang perubatan bukan sekadar jalan mencari rezeki, tetapi satu amanah untuk berkhidmat kepada manusia. Kekayaan sebenar seorang doktor bukan diukur pada pendapatan, sebaliknya pada saat melihat pesakit kembali sihat dan mampu tersenyum.” Itulah prinsip yang mendorong Mejar Dr Alifarhan Alimudin menggerakkan ‘Dr Jalanan’ demi membantu golongan gelandangan dan miskin bandar mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma.
Inisiatif tersebut digerakkan bersama lima rakan rapatnya, menjadikan mereka enam sekawan yang kesemuanya merupakan bekas pegawai perubatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berbekalkan pengalaman hampir 10 tahun berkhidmat, mereka sepakat untuk meneruskan perjuangan dalam bentuk yang lebih dekat dengan masyarakat. Persahabatan yang terjalin sejak usia belasan tahun ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja (MTD), sebelum melanjutkan pengajian ke Rusia dan Mesir, kini diterjemahkan dalam misi kemanusiaan.
Bermula aktif sejak tahun lalu di bawah Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), kumpulan ini turut berkhidmat di Klinik Khidmat di Taman Kajang Utama dan Setapak. Namun, usaha mereka tidak terhenti di klinik semata-mata. Setiap hari Jumaat, ‘Dr Jalanan’ turun ke sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib, menyantuni golongan gelandangan dengan menyediakan rawatan asas seperti pemeriksaan kesihatan, mencuci luka, memberi ubat serta membuka booth kecil bagi saringan kesihatan percuma.
Dengan niat murni membantu mereka yang kurang bernasib baik, Dr Alifarhan dan rakan-rakannya berharap lebih ramai doktor tampil menyertai usaha sebegini. Mereka percaya, jika lebih ramai tenaga perubatan berganding bahu, lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu, sekali gus menjadikan perubatan bukan sekadar profesion, tetapi satu gerakan kemanusiaan yang memberi harapan kepada mereka yang sering dipinggirkan.
Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin bersama rakan yang lain berjalan di sekitar ibu kota mencari golongan yang memerlukan pemeriksaan kesihatan secara percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Antara peralatan yang dibawa oleh pasukan Dr Jalanan untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Antara ubat-ubatan yang dibawa oleh pasukan ‘Dr Jalanan’ untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan pemeriksaan kesihatan secara percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan memeriksa mata salah seorang gelandangan dengan memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Seorang gelandangan yang mempunyai masalah kulit menerima rawatan percuma dari Pasukan Dr Jalanan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan bersama rakan yang lain memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan memeriksaan kadar gula salah seorang pesakit yang mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Muhammad Rasul Zulkefli menyantuni gelandangan dengan memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin bersama rakan yang lain memberikan khidmat secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Gelagat pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin bersama Mejar Dr Awangku Zulhilmi Awangku Ibrahim (kanan) selepas memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada salah seorang golongan yang memerlukan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin bersama 5 orang rakan yang lain memberikan khidmat secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan pemeriksaan kesihatan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin bersama lima rakan yang lain memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan mereka ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.