Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika sesi dialog khas pada majlis Pelancaran Buku Yayasan Perbualan Tun Dr Mahathir Mohamad: Legasi Kepimpinan dan Visi di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ingatan bahawa tidak ada parti yang akan menang Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya terlalu banyak parti wujud akibat perpecahan.

Jelas beliau, ini kerana jika sesebuah parti itu tidak memenangi PRU tiada Perdana Menteri yang boleh dilantik meskipun mendapat sokongan daripada parti yang diketuainya.

“Oleh itu apa perlunya menjadi ketua parti. Kamu tidak akan jadi PM. Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu.

“Dan mereka tentukan calon yang mewakili orang Melayu menang. Letak terlalu ramai calon menentukan semua calon kalah. Apa guna jadi ketua parti dan calon PM?” tulis di media sosial miliknya di sini.

Dr Mahathir turut mengingatkan pepatah Melayu iaitu bersatu teguh, bercerai roboh yang memberi makna penting dan tidak ada slogan yang lebih bermakna dari slogan itu.

“Tetapi masih ada pemimpin yang percayai untuk jadi Perdana Menteri, seorang pemimpin hendaklah jadi ketua partinya,” kata bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast