Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum kemalangan di Jalan Parit Unas, Muar hari ini.

MUAR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Parit Unas di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 9 pagi melibatkan motosikal jenis Aveta V13R.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa iaitu lelaki tempatan yang berusia 22 tahun dalam perjalanan dari dari Muar menghala ke Batu Pahat.

“Mangsa yang bekerja kampung kemudian hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Azim Aziz 018-9704143 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast