Pegawai polis direman empat hari kes rasuah RM20,000 di Kedah. Foto SPRM

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000, hujung tahun lepas.

Perintah reman empat hari hingga 3 April dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber SPRM memberitahu, sogokan itu dipercayai sebagai balasan menukar pertuduhan ke atas seorang individu yang terlibat dalam kes lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 12.50 tengah hari semalam dalam serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai sekitar pertengahan Disember tahun lepas.

“Ketika tangkapan dilakukan semalam, suspek disyaki meminta lagi kira-kira RM20,000 daripada mangsa,” menurut sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast