Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengucup Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa sambil diperhatikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat menerima cucunda ketujuh baginda.

Berita gembira itu menyusul selepas Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang puteri yang juga anakanda kelima kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada semalam 5 April 2026.

Pengumuman Diraja tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan.

“Jumaah Majlis DiRaja berdoa semoga Allah SWT mengurniakan klesihatan, keceriaan dan bertambah kedaulatan untuk Kerabat DiRaja Johor,” tulis kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast