KLANG – Polis Klang Selatan memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Remaja berkenaan, Nur Anati Ahmad dilaporkan keluar dari rumahnya di Jalan Hulubalang 29, Taman Sentosa pada 7 April lalu dan masih belum pulang sehingga kini.
Menurut polis, kali terakhir remaja ini dilihat memakai baju hoodie berwarna hitam dan seluar slack putih.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Nuradila Arshad atau Hotline IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette
















