Foto IG Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini memberi pandangan peribadinya mengenai isu pelajar cemerlang yang didakwa tidak menerima sijil serta wang ganjaran berikutan tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menerusi perkongsian di Insta Story Instagram miliknya, Rita berkata, perkara itu perlu diselesaikan secara bijak bukan menyekat hak pelajar berkenaan.

“Kalau pun ada tunggakan, selesaikan dengan cara bijak bukan sekat hak dia (pelajar). Yang berusaha itu dia, jadi kenapa hak dia dinafikan?

“Jangan jadikan sistem sebagai alasan untuk menindas yang tak bersalah. Sijil itu bukan ganjaran, itu bukti usaha dia yang tak patut disekat,” tulisnya.

Pada masa sama, Rita yang juga ibu tunggal dua anak  turut menggesa agar pihak Kementerian Pendidikan  (KPM) mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan.

“Kementerian Pendidikan mohon ambil tindakan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Persatuan hanya persatuan asalkan pelajar ini tidak pernah melakukan kesalahan melanggar undang-undang sekolah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast