Pasar raya itu menjadi rangkaian hipermarket borong 24 jam paling pesat berkembang bagi tahun 2025 sehingga mendapat pengiktirafan daripada The Asia Records.

KUALA LUMPUR – ST Rosyam Mart yang membuka cawangan terbarunya di Jakel Square kini beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun yang direka sebagai destinasi sehenti di mana bukan sekadar untuk membeli barangan dapur.

Ketua Pegawai Operasi ST Rosyam Mart, Datuk Raymond Ho berkata, cawangan baharu itu juga dijadikan tempat singgah, berehat dan menikmati pengalaman pelanggan membeli-belah yang lebih selesa di tengah bandar Kuala Lumpur.

“Waktu operasi ST Rosyam Mart yang dilanjutkan 24 jam sehari serta rangkaian produk yang luas telah berjaya menarik pangkalan pelanggan yang besar sekali gus memacu pertumbuhan signifikan dan kepimpinan pasaran.

“Pasar raya ini juga memperkenalkan slogan selamatkan dompet warga kota kerana walaupun kos sewaan di Kuala Lumpur jauh lebih tinggi, kami tetap mengekalkan harga jualan borong seperti di cawangan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejayaan ST Rosyam Mart Jakel Square ST Rosyam Mart itu turut dipaparkan dalam buku pencapaian Asia Record Book 2025/2026, yang boleh didapati di kedai-kedai buku utama dan secara dalam talian di www.theasiarecords.com.

Pengiktirafan diberikan susulan kejayaan pasar raya itu menjadi rangkaian hipermarket borong 24 jam paling pesat berkembang bagi tahun 2025.

Pasar raya itu yang ketika ini menawarkan pelbagai barangan termasuk sayuran-sayuran dan buah-buahan segar turut menyasarkan pembukaan cawangan di Melaka dan Johor selain turut merancang membuka cawangan di Pantai Timur dan Pantai Barat.

Sementara itu, pada majlis pembukaan ST Rosyam Mart Jakel Square itu, Raymond berkata, matlamat utama Sri Ternak sentiasa jelas iaitu membantu orang ramai dan perniagaan menjimatkan wang dan masa demi kehidupan yang lebih baik, sambil menyediakan keperluan harian halal serta dipercayai pada harga mampu milik. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast