Aksi pemain perseorangan Lelaki Denmark, Viktor Axelsen umum persaraan.

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan Denmark, Viktor Axelsen mengumumkan persaraan pada usia 32 tahun, hari ini susulan masalah kesihatan yang membuatkan beliau tidak lagi mampu berlatih dan bertanding di peringkat tertinggi.

Viktor yang memenangani pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 dan Paris pada 2024 pernah menjalani pembedahan pada tulang belakang April pada tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, prosedur berkenaan tidak mampu menyelesaikan masalah fizikal yang dihadapi beliau.

Juara dunia dua kali itu memberitahu, beliau mengalami masalah sakit saraf pada bahagian bawah belakang terutamanya di sekitar kawasan L4-L5 yang mana keadaannya bertumbuh buruk selepas Terbuka Perancis tahun lepas.

“Sukar untuk saya menerima keadaan ini tetapi saya perlu akur bahawa badan saya sudah tidak lagi membenarkan saya untuk terus berlatih dan bertanding di peringkat tertinggi,” katanya seperti yang dilaporkan Badminton Europe.

Tambah Viktor, beliau membuat keputusan sukar itu selepas mendapatkan pandangan daripada pakar bedah yang melaksanakan prosedur ke atasnya tahun lepas selain para doktor yang merawatnya.

Beliau pernah bergelar pemain badminton nombor 1 dunia selama 100 minggu berturut-turut selain memenangi tiga kali kejuaraan Eropah, Piala Thomas serta banyak lagi kejuaraan berprestij lain. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast