Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin menjelaskan perkembangan industri pertahanan tempatan selepas pelancaran dasar baharu di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Menurut beliau, semakin banyak syarikat tempatan kini bersedia menampilkan produk masing-masing dengan keyakinan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan penggunaan dalam program pertahanan negara sekiranya memenuhi keperluan.















