Foto Instagram/Ashwad Ismail

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo meninggal dunia pada usia 76 tahun, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada kira-kira 5 pagi.

Anak sulungnya Muhammad Hafiez Othman, 53, berkata arwah ibunya dibawa ke hospital itu selepas mengalami sesak nafas pada malam Selasa lepas.

“Arwah mempunyai beberapa penyakit termasuk strok sejak empat tahun lepas, namun dimasukkan ke hospital dua hari lepas kerana sukar bernafas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15 Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum zuhur.

Allahyarham pernah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA pada 20 Mac 2024. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast