Lapan lokasi sekitar Selangor digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi operasi bagi membanteras majikan yang masih berdegil menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Operasi bermula jam 11 pagi, semalam dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya membabitkan premis di Semenyih, Jenjarom, Seri Kembangan, Cheras dan Serdang.















