Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis di Kampung Pangiran, Sandakan selepas disyaki memiliki syabu serta didapati positif dadah dalam ujian saringan polis. - Foto: Facebook Polis Daerah Sandakan.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan dalam satu operasi khas membanteras dadah yang dijalankan di Kampung Pangiran, Batu 7, semalam.

Operasi yang dikenali sebagai Ops Tapis itu dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bermula pukul 10.30 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan polis hari ini, kedua-dua suspek ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, dan kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast