Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menunjukkan hantar fitnah berupa poster kononnya Ketua Menteri Sabah hilang pada sidang media di luar pekarangan Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) membuat laporan polis berhubung penyebaran poster fitnah melabel Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai orang “hilang”.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, menegaskan dakwaan itu berniat jahat, mengelirukan rakyat serta mencemarkan imej kepimpinan negeri.

“Ini fitnah terancang. Ketua Menteri hadir dan menjalankan tugas sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Dakwaan beliau hilang adalah pembohongan jelas,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini, hari ini.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menunjukkan hantar fitnah berupa poster kononnya Ketua Menteri Sabah hilang dan laporan polis pada sidang media di luar pekarangan Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, poster tular di Facebook memaparkan wajah Hajiji dengan mesej provokatif mendakwa beliau gagal hadir menjawab isu penting termasuk tuntutan 40 peratus Sabah dan Pulau Sebatik.

Menurut Zulkarnain, tindakan tersebut dipercayai berunsur sabotaj politik dan berpotensi menggugat ketenteraman awam serta keyakinan rakyat.

“Sepanjang Sidang DUN Sabah yang bermula pada 23 April 2026 dan bersambung pada 27 April hingga 30 April 2026, Ketua Menteri Sabah sentiasa hadir serta menjalankan tugas rasmi beliau seperti biasa.

“Oleh itu, dakwaan bahawa beliau hilang adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu pembohongan yang jelas,” katanya.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menunjukkan hantar fitnah berupa poster kononnya Ketua Menteri Sabah hilang dan laporan polis pada sidang media di luar pekarangan Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya lagi, beliau percaya tindakan penyebaran maklumat palsu ini mempunyai unsur sabotaj politik serta boleh mengganggu ketenteraman awam, selain menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pentadbiran negeri.

“Sehubungan itu, saya memohon agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pihak yang terlibat, termasuk pengendali akaun media sosial Medsos Sabahan.

“Pengendali akaun ini perlu disiasat di bawah Akta Fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.

Katanya lagi, beliau memohon agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengambil tindakan terhadap penyebaran kandungan palsu ini bagi mengelakkan ia terus menular dan mengelirukan masyarakat.

“Laporan ini dibuat demi kepentingan awam serta bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast