MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji lelaki meninggal dunia di Makkah pada 4 Mei lalu menjadikan kematian kedua bagi Musim Haji 1447H.
Lembaga Tabung Haji yang memaklumkan kematian tersebut berkata, allahyarham dari Senggarang, Johor disahkan meninggal dunia di Hospital Ajiyad pukul 6.16 petang akibat serangan jantung.
Allahyarham yang tiba di Tanah Suci bersama isterinya merupakan jemaah dibawa oleh syarikat Pengelola Jemaah Haji daripada kumpulan KT34 dan menginap di Hotel Elaf Al Bait di Makkah.
“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Ajiyad dan jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarham,” menurut kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
















