Lisa Surihani sebelum berangkat ke Tanah Suci.

KUALA LUMPUR – Datin Lisa Surihani berpendapat terdapat hikmah di sebalik kegagalan rayuan suaminya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 40, berkata, kehadiran Yusry lebih diperlukan di rumah bagi memastikan urusan keluarga serta anak-anak berada dalam keadaan baik sepanjang dia berada di Tanah Suci Makkah.

“la menjadi peringatan untuk kami terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetap tertakluk kepada aturan Yang Maha Tinggi.

“Mungkin kehadiran abang lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah, untuk anak-anak kami, supaya dapat membantu mengurus dan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari.

“Alhamdulillah dengar khabar mereka semua baik-baik saja. Terima kasih daddy (panggilan Yusry). Itulah yang penting buat mereka. Leganya,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram di sini.

Sementara itu, Lisa meluahkan rasa syukur apabila rayuan visa haji menerusi Lembaga Tabung Haji yang dipohon olehnya diluluskan.

Kata Lisa, segala urusan dipermudahkan dan disusun dengan baik meskipun rayuan untuk suami tidak berjaya.

“Alhamdulillah saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah.

“Alhamdulillah syukur berharap dapat menempuh perjalanan ini bersama, rayuan abang (Yusry) tidak diluluskan. Namun, pasti ada hikmahnya,” ujarnya.

Kelmarin, Lisa berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukum Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Lisa berkongsi video memaparkan Yusry bersama tiga cahaya mata mereka menghantarnya ke lokasi berkumpul jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast