KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan sindiket pengedaran dadah dipercayai didalangi seorang anggota polis di sekitar Pulau Langkawi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berhubung kegiatan pengedaran dadah melibatkan pasukan keselamatan negara.
“Itu (dakwaan) masih lagi dalam siasatan, saya perlu pastikan siapa individu yang berkaitan atau kumpulan-kumpulan mana yang terlibat. Jadi kita tak dapat nak komen buat sementara (waktu).
“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang jika melibatkan pelanggaran keselamatan dan undang-undang negara.
“Insya-Allah saya akan panggil untuk adakan sidang akhbar. Tahun ini sahaja kita buat banyak rampasan besar-besaran bagi memastikan keselamatan negara terjamin,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 di sini, hari ini.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai pembongkaran sindiket pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar kepulauan Langkawi dipercayai mempunyai kaitan penglibatan ‘orang dalam’ yang didalangi seorang anggota polis dikenali ‘Mr A’. – MalaysiaGazette
















