Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini mengumumkan akan turut bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Barisan Nasional (BN) Johor membuat ketetapan semalam bahawa mereka akan bertanding secara solo dalam PRN Johor.

“Kami tidak akan undur. Seperti juga kata pepatah Melayu ‘pipi tak mancung pipi tersorong-sorong’, kita tidak akan merayu (untuk bekerjasama dengan BN).

“Kalau pilihan raya pada 2018 mereka (BN Johor) boleh kalah, tidak mustahil boleh kalah lagi pada PRN akan datang,” katanya yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Aminolhuda berkata, PH Johor,l yakin gabungan itu mampu ‘menguburkan’ BN buat kali kedua pada PRN Johor akan datang.

Semalam Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast