Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil maklum laporan media semalam berhubung pelaksanaan pembayaran Insentif Pembajakan kepada pesawah pada kadar RM300 sehektar yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 19 Mei 2026.

KPKM dalam kenyataan hari ini berkata, pembayaran yang mula dilaksanakan semalam, 19 Mei 2026 adalah bayaran pendahuluan sebanyak RM200 sehektar secara one-off kepada pesawah yang layak, sebelum atau semasa kerja-kerja pembajakan dimulakan.

Manakala baki sebanyak RM100 sehektar akan dibayar selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan oleh agensi berkaitan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan  alah selaras dengan siaran media KPKM bertarikh 7 Mei 2026, yang menjelaskan bahawa Insentif Pembajakan sebanyak RM300 sehektar akan dibayar dalam dua peringkat, iaitu RM200 sehektar sebagai bayaran pendahuluan dan baki RM100 sehektar selepas pengesahan kerja pembajakan selesai. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast