Lima rakyat Malaysia ditahan kerana cuba memasuki Makkah tanpa permit haji.

MAKKAH — Pasukan keselamatan haji menahan lima rakyat Malaysia kerana melanggar peraturan haji dengan cuba memasuki Makkah melalui jalan tidak berturap dan kawasan lembah tanpa permit haji.

Media tempatan Arab Saudi melaporkan, prosedur perundangan telah dimulakan terhadap kelima-lima lelaki berkenaan.

Direktorat Jeneral Mujahideen menggesa semua pihak supaya mematuhi peraturan yang mengawal musim haji 2026 serta bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan keamanan para jemaah haji.

Tegasnya, sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Direktorat itu turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di wilayah Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, serta talian 999 di kawasan lain di seluruh negara.- AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast