Dua maut selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai, hari ini

KULAI – Dua maut selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 27 Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kemalangan tersebut berlaku pukul 3.50 pagi.

“Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun bersama-sama penumpang seorang wanita berusia 22 tahun.

“Insiden berlaku di arah Johor Bahru apabila kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu dan penumpang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 0177573507.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast