YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang. 26 Mei 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” kata beliau.

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast