Kredit Bomba

SEREMBAN – Seorang lelaki warga Singapura cedera selepas dipercayai terjatuh di kawasan berbatu ketika menuruni Gunung Datuk, Rembau di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Pegawai Bomba Tinggi II Asnizam Kamberon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 52 tahun itu pada 10.29 pagi.

“Mangsa antara 11 orang yang menyertai aktiviti pendakian ke puncak Gunung Datuk dengan diiringi dua Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan.

“Dia dipercayai terjatuh di kawasan berbatu berhampiran tangga puncak ketika menuruni gunung berkenaan dan mengalami kecederaan patah pada tangan kanan,” katanya kepada Bernama.

Asnizam berkata Pasukan Keluaran Operasi kemudian mendaki ke lokasi mangsa berada, iaitu kira-kira dua kilometer dari kaki gunung, dan membawanya turun menggunakan pengusung.

Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya, dan operasi melibatkan lima anggota itu tamat pada 2.28 petang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast