Mangsa, lelaki Rohingya berusia 31 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

SIMPANG AMPAT – Polis menahan seorang lelaki Rohingya bagi membantu siasatan menyerang sepasang suami isteri yang juga rakan senegaranya sehingga menyebabkan lelaki itu maut dalam kejadian di Taman Belibis di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan mangsa, lelaki Rohingya berusia 31 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala, seorang wanita Rohingya berusia 26 tahun yang dipercayai isteri mangsa turut cedera dalam kejadian berkenaan. Susulan itu, suspek berusia 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Tambah Azizee, wanita itu kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Motif kejadian masih dalam siasatan fan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast