Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Moktar Wahid berkata, Bengkel Buku Akhbar dan Majalah (AKHMA) sempena PBAKL 2026 menghimpunkan 200 murid dan guru bagi memupuk budaya membaca serta mengoptimumkan penggunaan akhbar dan majalah di sekolah. Melalui penghasilan buku kompilasi daripada keratan artikel, murid didedahkan kepada sumber maklumat sahih sekali gus membuktikan bahan bacaan bercetak masih relevan apabila disampaikan secara kreatif.














