MELAKA – Polis meminta kerjasama masyarakat untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Marvin Loo Jia An, yang beralamat di Skudai, Johor.
“Sehubungan itu, mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui keberadaan penama diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor G. Yaaga Mithiran menerusi talian 016-5203634.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, polis sentiasa mengalu-alukan kerjasama masyarakat bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut. – MalaysiaGazette
















