Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersorak ketika berucap pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 07 JUN 2026.

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tanpa 30 kerusi gabungan parti itu, Kerajaan Persekutuan hari ini tidak akan terbentuk.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak sesekali menafikan sumbangan BN dalam membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022.

“Barang harus diingat, tanpa 30 tidak akan muncul angka 112. Hakikatnya sumbangan BN tidak boleh dipadam.

“Tanpa BN, baik di Johor atau di mana sahaja, kitalah yang meletakkan asas kestabilan. Kitalah yang memacu pembangunan.

“Kitalah yang membina kemajuan demi kepentingan rakyat,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Kompleks Educity, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai titik permulaan kebangkitan semula BN yang masih kukuh dalam meneruskan agenda kestabilan dan pembangunan negeri.

Johor mempunyai sejarah tersendiri dalam perjuangan politik negara dan mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan baharu gabungan itu.

“PRN Johor bukan sekadar pilihan raya negeri. PRN Johor adalah tapak penyatuan rakyat yang sebenar dan penentu maruah perjuangan.

“Dari Johor kita bina kebangkitan, dari Johor kita susun kekuatan dan dari Johor kita nyalakan semula obor perjuangan BN.

“Ini adalah titik mula di mana kita akan hantar isyarat jelas ke seluruh negara bahawa gelombang biru BN kini kembali semula dan di sinilah kita mahu membuktikan bahawa BN masih kukuh,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, BN memasuki gelanggang pilihan raya bukan dengan janji kosong, sebaliknya bersandarkan kepada rekod pentadbiran yang terbukti.

“Kita mesti berani menceritakan apa yang kita telah lakukan. Jangan malu untuk menyatakan kejayaan. Jangan segan untuk mempertahankan rekod kita.

“Memperlihatkan kerja bukan riak dan sombong. Sebaliknya, ia adalah amanah untuk meyakinkan rakyat.

“Kalau kita tidak bercerita tentang kebaikan yang kita lakukan, lawan akan bercerita tentang keburukan yang direka-reka,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menggesa seluruh jentera parti supaya mengenepikan perbezaan dalaman dan memberi tumpuan kepada usaha memastikan kemenangan BN.

“Mulai hari ini, kita tiada masa lagi untuk berlengah. Kita tidak boleh lagi bertelagah. Kita tidak boleh lagi membawa sengketa kecil ke medan perjuangan yang besar.

“Lupakan siapa yang dapat jadi calon dan siapa yang tidak. Calon kita hanya satu iaitu Barisan Nasional,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Johor mempunyai sejarah tersendiri dalam perjuangan politik negara dan mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan baharu gabungan itu.

“PRN Johor bukan sekadar pilihan raya negeri. PRN Johor adalah tapak penyatuan rakyat yang sebenar dan penentu maruah perjuangan.

“Dari Johor kita bina kebangkitan, dari Johor kita susun kekuatan dan dari Johor kita nyalakan semula obor perjuangan BN.

“Ini adalah titik mula di mana kita akan hantar isyarat jelas ke seluruh negara bahawa gelombang biru BN kini kembali semula dan di sinilah kita mahu membuktikan bahawa BN masih kukuh,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Kompleks Educity, di sini, hari ini.

Zahid juga berkata, BN memasuki gelanggang pilihan raya bukan dengan janji kosong, sebaliknya bersandarkan kepada rekod pentadbiran yang terbukti.

“Kita mesti berani menceritakan apa yang kita telah lakukan. Jangan malu untuk menyatakan kejayaan. Jangan segan untuk mempertahankan rekod kita.

“Memperlihatkan kerja bukan riak dan sombong. Sebaliknya, ia adalah amanah untuk meyakinkan rakyat.

“Kalau kita tidak bercerita tentang kebaikan yang kita lakukan, lawan akan bercerita tentang keburukan yang direka-reka,” ujarnya.

Menurut Zahid, apa pihak yang cuba menafikan kejayaan BN dalam menyumbang kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

“Barang harus diingat, tanpa 30 tidak akan muncul angka 112. Hakikatnya sumbangan BN tidak boleh dipadam.

“Tanpa BN, baik di Johor atau di mana sahaja, kitalah yang meletakkan asas kestabilan. Kitalah yang memacu pembangunan.

“Kitalah yang membina kemajuan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa seluruh jentera parti supaya mengenepikan perbezaan dalaman dan memberi tumpuan kepada usaha memastikan kemenangan BN.

“Mulai hari ini, kita tiada masa lagi untuk berlengah. Kita tidak boleh lagi bertelagah. Kita tidak boleh lagi membawa sengketa kecil ke medan perjuangan yang besar.

“Lupakan siapa yang dapat jadi calon dan siapa yang tidak. Calon kita hanya satu iaitu Barisan Nasional,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast