Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) mendakwa peruntukan cecah ratusan juta untuk masyarakat India menerusi program Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) gagal disalur secara telus.
Pengerusinya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa sehingga kini peruntukan itu tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat kaum berkenaan.















