Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perasmian Persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JUN 2026.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tiada pilihan berbuat demikian kerana Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan lebih awal akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

“Di Negeri Sembilan, pasti bergerak solo kerana PH telah mengumumkan mereka bertanding di seluruh 36 kerusi.  Maksudnya, mereka akan letakkan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Maksudnya, kita tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa bertanding secara solo,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat menunjukkan buku panduan ‘MY Value Up Programme’ pada Majlis Pelancaran Invest Malaysia 2026 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JUN 2026.

Sebelum ini, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberitahu gabungan itu akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN di negeri berkenaan.

Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi antara parti-parti komponennya bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dan Jihor yang akan datang.

Kata beliau, keputusan tersebut bagaimanapun perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada Majlis Presiden PH untuk mendapatkan pengesahan rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast