Polis giat mengesan sekumpulan individu disyaki melakukan kegiatan mencuri kabel menggunakan kereta mewah jenis BMW di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, siasatan mendapati kejadian yang tular di media sosial itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi.















