ALOR GAJAH – Lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang jemaah wanita ketika solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang di sini, Sabtu direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap penganggur berusia 28 tahun sehingga 12 Jun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarul Aris Kamalluddin di Kompleks Mahkamah Alor Gajah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan polis memburu lelaki yang tular videonya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid memaparkannya memakai berbaju T dan berseluar pendek melarikan beg tangan seorang jemaah wanita.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pukul 6.24 petang hari sama daripada mangsa, penuntut universiti berusia 19 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast