KUALA LUMPUR – Jenama pakaian terkenal, Elrah akan menjadi penaja pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) untuk musim hadapan.
“Kelantan bukan sekadar nama. Ia adalah cinta, maruah dan legasi yang wajib dipertahankan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Perkara itu turut disahkan pengurusan KRW FC dalam satu kenyataan yang berkata, Elrah menyatakan komitmen tinggi untuk membangunkan kembali ghairah bola sepak Kelantan dengan menjadi sebahagian dari Kelantan Red Warrior FC pada musim baharu 2026/27.
“Syarikat yang dimiliki oleh anak Kelantan ini antara penaja terawal akan bersama Perwira Merah bagi menghadapi saingan lebih mencabar Liga Malaysia nanti,” kata dalam satu kenyataan.
Kehadiran Elrah dijangka memberi suntikan moral kepada pasukan itu selepas musim 2025/26 menyaksikan pasukan Kelantan RW menamatkan musim di tangga keempat Liga A1 Semi-Pro.
KRW FC antara empat pasukan liga itu yang mendapat Lesen Kebangsaan Luar Biasa.
Sebelum ini, KRW FC mengumumkan Irfan Bakti Abu Salim bersetuju untuk membimbing pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia untuk musim 2026/27. – MalaysiaGazette

















