Deretan khemah sementara dipercayai milik warga asing di bahu jalan mencacatkan laluan di Jalan Bukit Petaling sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai di kawasan berkenaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 Jun 2026

KUALA LUMPUR – Kewujudan deretan khemah sementara yang dipercayai didirikan oleh warga asing di tepi jalan di Bukit Petaling berhampiran pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kawasan tersebut kelihatan tidak terurus sekali gus mencacatkan imej persekitaran yang terletak berhampiran Jalan Istana serta berdekatan dengan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selain khemah-khemah yang didirikan secara terbuka di bahu jalan itu dipercayai milik warga Rohingya malah ada seorang individu yang memegang plakad mendakwa dia telah hidup sebagai gelandangan selama enam bulan di kawasan itu.

Sekumpulan warga asing berada di sekitar Jalan Bukit Petaling yang menjadi tumpuan orang ramai berikutan isu penempatan sementara di kawasan berkenaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 JUN 2026

Sementara itu, tinjauan di media sosial mengenai kawasan berkenaan turut mendapat reaksi negatif dan salah seorang pengguna Thread @aasyht_ menyifatkan ia sebagai ‘buruk’ serta memalukan kerana berdekatan pejabat organisasi antarabangsa.

“Tak ada sesiapa ke boleh rembat mereka ini. Inilah pemandangan saya setiap hari nak kena tengok. Semak tahu tak dengan berkhemah macam ini. Buruk betul!

“Yang saya pelik sebelah UNHCR ini Pejabat Penyimpanan Mohon Besar Raja-Raja, takkan tak rasa sakit mata dan rimas mereka duduk macam setinggan pulak,” katanya dalam hantaran di Thread.

Seorang warga asing berada di Jalan Bukit Petaling yang menjadi tumpuan orang ramai berikutan isu penempatan sementara di kawasan berkenaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 JUN 2026

Keadaan itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang tempatan dan pengguna jalan raya di situ yang melihat kelemahan dalam tindakan penguat kuasaan terhadap warga asing terutama melibatkan warga Rohingya.

Sehubungan itu, orang ramai berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya agar khemah sementara di Jalan Bukit Petaling dapat dibersihkan dan tidak mencacatkan imej negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mana NGO yg kuat mempertahankan mereka dulu, kononnya seagama..mohon mereka mengambil mereka sebagai anak angkat dan tempatkan di halaman rumah masing masing.

Comments are closed.