Ahli perniagaan, Albert Tei, dan Ketua Armada Bersatu Selangor, Na’im Brundage, bercakap kepada media selepas Himpunan Gegar TikTok di hadapan Menara Sunway Velocity.
Dalam kenyataan mereka, kedua-dua pemimpin mengkritik tindakan sekatan akaun di TikTok yang didakwa melibatkan kandungan yang mengkritik kerajaan. Mereka turut menggesa TikTok Malaysia supaya lebih telus dalam pelaksanaan dasar moderasi kandungan serta menghormati kebebasan bersuara selaras dengan prinsip demokrasi.















