Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua anggota tentera maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat pertama berhubung insiden berkenaan jam 12.30 tengahari tadi.

Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang anggota lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah.

Dalam perkembangan terkini petang ini, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi tadi.

Katanya, Norazmi dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah dari 1 Skuadron RAJD mengalami kecederaan akibat letupan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. -MalaysiaGazette

PERKEMBANGAN TERKINI

Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast