Terbaharu kejadian dilaporkan berlaku di sebuah blok pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Kajang, Selangor.
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 7.12 pag, semalam.















