KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, menghantar pulang dua penjenayah buruan warganegara India yang dipercayai terlibat dalam kes meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 april lalu.
Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan pihaknya susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa negara India untuk mengesan dan menangkap kedua-dua subjek tersebut.
“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam membanteras jenayah rentas sempadan di samping memperkukuh sinergi keselamatan di peringkat antarabangsa.
“Tindakan ini juga membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan terhadap mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -MalaysiaGazette
















