NGO dan aktivis hak haiwan menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.
Dalam memorandum tersebut, mereka menggesa pihak polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat proses kelulusan pemindahan gajah berkenaan, termasuk dakwaan percanggahan dokumen serta aspek kebajikan haiwan selepas tiba di Jepun.















