Datuk Seri Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan senarai penuh barisan kepimpinan jawatankuasa pusat yang menggabungkan pemimpin politik veteran, bekas menteri, Ahli Parlimen dan golongan profesional.

Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga pengasas Gerakan RESET dilantik sebagai Presiden manakala jawatan Pengerusi dipegang tokoh politik veteran yang juga bekas menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Struktur kepimpinan tertinggi turut menyenaraikan jawatan Timbalan Presiden disandang bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang manakala lima Naib Presiden menampilkan kombinasi veteran dan pemimpin muda.

Berdasarkan senarai lantikan yang dikeluarkan parti itu, barisan Naib Presiden ialah bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon.

Dua lagi yang mengisi portfolio berkenaan adalah Datuk Mohd Omar Mustapha dan Datuk Huan Cheng Guan.

Sementara itu, dua bekas pemimpin Bersatu yang dipecat sebelum ini, iaitu Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Jawatan lain yang turut diumumkan ialah Setiausaha Eksekutif yang disandang Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof dan Bendahari Agung, Datuk Arifin Tobias.

Memetik laporan Harakahdaily hari ini, parti baharu itu turut mengumumkan pelantikan 25 Ahli Jawatankuasa (AJK), termasuk Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzair Ayob; bekas Naib Canselor (VC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan.

Parti politik itu ditubuhkan pada 13 Jun lalu manakala pengumuman mengenainya dibuat semasa Konvensyen RESET yang berlangsung di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam senarai yang dikeluarkan, Wawasan turut menyertakan pengesahan pendaftaran parti berkenaan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dengan nombor pendaftaran PPM-004-07-08062009.

Berikut Senarai Penuh 25 AJK Wawasan Pusat

* Dzowahir Ab Ghani

* Datuk Muhamed Farid Mohamed Zawawi

* Fathul Huzair Ayob

* Kapten Azahari Hasan

* Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah

* Datuk Suhaimi Mohd Ghazali

* Datuk Zulkifli Bujang

* Datuk Simon Suresh V Varunamegam

* Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

* Datuk Asmawi Harun

* Datuk Abdul Aziz Ismail

* Dayang Saniah Awang Hamid

* Dr Richard Ng

* Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim

* Tan Tee Beng

* Tun Fiqa Mohammad

* Phang Horng Woie

* Syed Hassan Syed Ali

* Yunus Nordin

* Muhammad Fadhli bin Ismail

* Wong Chan Giap

* Hussien Ridzuan Ibrahim Basri

* Bibi Sunita Sakandar Khan

* Huan Xin Yun

* Mohd Hamdan Mohd Sharif – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast