KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul bekas isterinya diparkir awam di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.
“Suspek direman selama tiga hari dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya secara ringkas dalam kenyataan hari ini.
Semalam media melaporkan, seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas polis menerima laporan kejadian itu yang tular di media sosial pada jam 2.51 petang.
Naazron dilaporkan berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu e-hailing telah ditahan sekitar jam 6.20 petang susulan laporan yang diterima.
Susulan itu katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
Lelaki tular pukul bekas isteri depan balai polis direman esok
















