Tangkapn layar penghantar barang disyaki curi dompet dengan wang tunai RM10,000

KUALA LUMPUR –  Seorang penghantar barang dipercayai mencuri wang tunai RM10,000 daripada dompet yang ditemui di sebuah pasar raya di Semenyih telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan sedang dilengkapkan serta perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seorang penghantar makanan berusia 37 tahun ditahan selepas disyaki mencuri wang tunai RM10,000 daripada dompet milik warga China yang ditemukan di sebuah pasar raya di Semenyih yang tular di media sosial.

Naazron dilaporkan berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kajang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast