Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor yang juga calon N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini  mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Pengumuman Calon BN di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini dengan disaksikan barisan kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, antara barisan pemimpin yang hadir.

Berikut enarai penuh 56 calon BN bagi PRN Johor:

N.01: Buloh Kasap – Datuk Zahari Sarip

N.02: Jementah – See Ann Giap

N.03: Pemanis – Anuar Abd Manap

N.04: Kemelah – K. Ravin Kumar

N.05: Tenang – Mohd Azahar Ibrahim.

N.06: Bekok – Tan Chong.

N.07: Bukit Kepong – Ahmad Syar’e Yusof

N.08: Bukit Pasir – Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh

N.09: Gambir – Sahrihan Jani.

N.10: Tangkak – Datuk Haw Chin Teck.

N.11: Serom – Nadirah Afiqah Abdull Rahim.

N.12: Bentayan – Chua Lee Huat

N.13: Simpang Jeram – Datuk Azman Ismail.

N.14: Bukit Naning – Mohd Ghazali Sabari @ Atan

N.15: Maharani – Datuk Ashari Md Sarip.

N.16: Sungai Balang – Selamat Takim.

N.17: Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid.

N.18: Sri Medan – Datuk Zulkurnain Kamisan.

N.19: Yong Peng – Ling Tian Soon.

N.20: Semarang – Datuk Samsolbari Jamali.

N.21: Parit Yaani – Datuk Mohamad Najib Samuri

N.22: Parit Raja – Nor Rashidah Ramli.

N.23: Penggaram – Boo Chin Liong

N.24: Senggarang – Mohd Yusla Ismail.

N.25: Rengit – Mohd Zaidi Japar.

N.26: Machap – Datuk Onn Hafiz Ghazi.

N.27: Layang-Layang – Chua Jian Boon

N.28: Mengkibol – Yap Zhi Peng.

N.29: Mahkota – Syed Hussien Syed Abdullah

N.30: Paloh – Lee Ting Han.

N.31: Kahang – V. Rugendran

N.32: Endau – Alwiyah Talib.

N.33: Tenggaroh – Mohd Youzaimi Yusof.

N.34: Panti – Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.

N.35: Pasir Raja – Datuk Seri Adham Baba.

N.36: Sedili – Muzaidee Makmor.

N.37: Johor Lama – Norliza Noh.

N.38: Penawar – Fauziah Misri.

N.39: Tanjung Surat – Aznan Tamin.

N.40: Tiram – Datuk Abdul Halim Suleiman.

N.41: Puteri Wangsa – Teow Chia Ling

N.42: Johor Jaya – Chan San San

N.43: Permas – Baharudin Mohamed Taib.

N.44: Larkin – Mohd Hairi Mad Shah

N.45: Stulang – Bong Seng Heng

N.46: Perling – Pannir Selvam

N.47: Kempas – Datuk Ramlee Bohani.

N.48: Skudai – Tan Hiang Kee.

N.49: Kota Iskandar – Pandak Ahmad.

N.50: Bukit Permai – Datuk Jafni Md Shukor

N.51: Bukit Batu – R. Kumaran

N.52: Senai – Tai Chee Chee

N.53: Benut – Datuk Mohd Sumali Reduan.

N.54: Pulai Sebatang – Hasrunizah Hasan

N.55: Pekas Nanas – Tan Eng Meng

N.56: Kukup – Md Israk Abdullah- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast