KUALA LUMPUR – “Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu? Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan Ketua Bahagian Ledang boleh bertanding di Serom”.
Itu respon bekas Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi terhadap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurut beliau, tidak salah mencadangkan anaknya yang terlatih sebagai calon.
“(Muhamad) Ali melatih anak perempuannya menjadi peninju. Sudah tentu anak itu dibawa masuk gelanggang setelah dia cukup bersedia untuk bertempur,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Puad, Asyraf Wajdi Dusuki dakwa tindakannya keluar parti kerana tidak puas hati anak saya tidak menjadi calon bukan disebabkan UMNO Johor tidak bebas dan terikat dengan pihak tertentu.
“Cuba Asyraf dedahkan sebelum ahli UMNO sendiri dedahkan. Kenapa Alwiyah Talib bekas ADUN Endau dari Parti Bersatu (dua penggal) umum keluar Bersatu kemudian masuk balık UMNO, tiba tiba tak sampai sebulan, dipilih sebagai calon BN DUN Endau.
“Itu angkara siapa? Alwiyah umur 64 tahun. Kenapa korbankan Ketua Puteri Johor yang juga Ketua Puteri Mersing. Apakah Ketua Pemuda Mersing juga tidak layak. Kenapa BN tolak calon anak muda. Hebatkah si Alwiyah itu?” soalnya.
Puad mendakwa perkara yang sama berlaku kepada Azizul Bachok bekas ADUN Tiram.
“Dia (Azizul) orang muda. Dia baru sepenggal jadi YB. Di saat terakhir dia digugur dan diganti oleh YB Senator Halim Sulaiman yang berumur 64 tahun. Tidakkah itu kronisme.
“Maka sistem pilih calon itu yang saya protes. Apabila tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada? Parti jadi milik eksklusif. Sebab itu saya melakukan kamikaze untuk sedarkan pemimpin,” katanya. – MalaysiaGazette

















masuklah parti kerjasama atau wawasan kapau nak jadi calon.