BAYAN LEPAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan maut di tingkat lima sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24, malam tadi.

Mangsa berusia lima tahun ditemukan orang awam kira-kira jam 11.30 malam sebelum melakukan panggilan kecemasan menerusi MERS 999 bagi memaklumkan kejadian.

Difahamkan, hasil pemeriksaan polis serta pasukan forensik di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.

Azrul turut berada di lokasi.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau berada di lokasi kejadian bagi membantu setakat yang mampu.

“Saya berada di lokasi antara jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi selepas dimaklumkan mengenai kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium.

“Moga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast