Datuk Zahari Sarip (kiri) bersama Datuk Othman Jais.

SEGAMAT – Ketika ada yang menganggap politik hari ini hanya milik anak muda dan media sosial namun masih ada veteran UMNO Johor untuk terus  berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Mereka membuktikan perang pilihan raya bukan sahaja dimenangi semata-mata dengan video tular sahaja namun  perlu meneruskan pendekatan kempen dari rumah ke rumah.

Meskipun  rambut mungkin sudah memutih, langkah mungkin tidak lagi selaju dahulu namun semangat mereka masih cukup untuk mengetuk setiap pintu, menyapa setiap pengundi dan mempertahankan kubu Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais berkata, adalah satu kesilapan besar jika ada pihak menganggap veteran UMNO sekadar pelengkap majlis atau penghias pentas ceramah.

“Hakikatnya, setiap kali pilihan raya, veteranlah antara yang paling awal turun padang dan paling akhir meninggalkan medan. Kami mungkin sudah beruban tetapi semangat perjuangan tidak pernah luntur.

“Kalau hari ini ada yang menikmati hasil pembangunan dan kestabilan, jangan lupa siapa yang membina asasnya sejak puluhan tahun lalu,” katanya ketika ditemui.

Ketika ditanya dalam era politik yang semakin dikuasai perang persepsi di media sosial, mampukah pengalaman puluhan tahun veteran UMNO mengatasi gelombang politik digital, beliau membuktikan mereka juga selangkah ke depan.

“Kerana teknologi terkini, kami juga berusaha mengusai seperti mereka. Veteran UMNO juga semangat berkempen dengan menggunakan media sosial media.

“Sekarang ada poster digital, hantaran bentuk dialog komik juga memudahkan perkongsian dalam bentuk digital,” katanya.

Tambahnya walaupun menua ia tidak menghalang mereka mepelajari sesuatu yang baharu lebih-lebih lagi perkara yang mebawa faedah kepada parti.

Padanya, kehadiran bukan bersaing generasi muda sebaliknya terus menyokong parti yang kini mengemudi orang muda pula selain suasana berpolitiok dalam pelbagai platform.

“Kesetiaan veteran tidak pernah berbelah bagi,” katanya ketika membantu kempen calon BN DUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip di Taman Yayasan malam tadi.

Sementara itu, Zahari berada kehadiran veteran bukan sekadar menghidupkan suasana kempen, malah menjadi benteng mempertahankan parti daripada pelbagai tohmahan pembangkang.

Tanpa berselindung, beliau mengakui ada segelintir bekas pemimpin yang suatu ketika dahulu menikmati pelbagai keistimewaan bersama UMNO namun kini menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap parti itu.

“Veteran inilah yang akan menjadi barisan hadapan menjawab setiap fitnah dan dakyah yang dimainkan. Mereka bercakap bukan berdasarkan persepsi tetapi pengalaman puluhan tahun bersama parti.

“Johor sedang bergerak dengan agenda Maju Johor. Jangan kerana marahkan nyamuk, akhirnya kelambu dibakar. Yang menerima padah nanti bukan ahli politik, tetapi rakyat sendiri,” katanya.

Zahari menyandang kerusi DUN N01 Buluh Kasap sebelum ini akan mempertahankan sekali lagi dalam saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PKR), Noraziah Mohd Razit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast