Pemain Selangor FC, Aliff Haiqal meraikan gol kelima untuk pasukannya ketika menentang pasukan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Selangor FC, Aliff Haiqal Lau sah menyertai Penang FC secara pinjaman untuk musim 2026/27.

Perpindahan pemain tengah berusia 25 tahun itu diumumkan pengurusan Merah Kuning di platform media sosial kelab itu.

“Pemain tengah, Haiqal Lau kini secara rasmi dipinjamkan ke Penang FC bagi menghadapi musim 2026/27. Semoga berjaya, Nonet!” kata Selangor FC.

Perpindahan pinjaman ini dilihat dapat membantu Aliff Haiqal mendapatkan minit permainan yang kerap bersama skuad Sang Harimau Kumbang.

Ini kerana pada musim 2025/26, dia banyak memanaskan bangku simpanan dan beraksi sebagai pemain gantian baik di peringkat domestik mahupun di peringkat Asia atau ASEAN.

Aliff Haiqal juga hanya berjaya melengkapkan 90 minit perlawanan untuk aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Persib Bandung pada Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast